Monday, February 4, 2013

Preschool's Worksheets

This is a list of free worksheets:
Tracing letters with 3 pictures for learning vocabularies courtesy of KidsLearningStation.com
Worksheets, activities and games cortesy of Jumpstart.com * Fun Short Stories
Worksheets for different year level courtesy of tlsbooks.com (I particularly love the fine motor worksheets and thinking skills worksheets)
Fun activities cortesy of kidsfront.com

Tuesday, October 16, 2012

Menambah Imej dalam Aplikasi Persembahan

Imej bermaksud gambar atau lukisan.
 
Ingin menambahkan imej ke dalam persembahan anda? Ikut langkah 1 hingga 6.
 
1. Anda cuma perlu cari gambar yang anda mahu (di sini untuk Tugasan 3)
2. gunakan tetikus untuk tunjuk pada gambar yang hendak disalin
3. tekan butang kanan tetikus (right-click)
4. tekan 'Copy' untuk menyalin
5. kembali ke slaid (PowerPoint) anda
6. tekan butang 'Paste' untuk menampal

(Caranya menyalin dan menampal imej adalah sama seperti kita menyalin dan menampal teks, boleh rujuk semula nota yang telah diberikan.)

Cara mengubah kedudukan imej:
Tunjuk pada gambar anda dengan tetikus, klik dan seret untuk mengubah kedudukan (tempat) gambar. 
Cara mengubah saiz dan memusing imej:
Klik pada gambar untuk mengubah saiznya.
Tunjuk pada bulatan di empat bucu gambar, klik dan tarik apabila anak panah seperti atas muncul.

Anda boleh juga memusing gambar itu. Mula-mula klik pada gambar, kemudian bawa tetikus ke bulatan hijau di atas gambar, klik dan pusing ke kiri atau kanan.

Menambah Audio Pada PowerPoint

Audio bermaksud bunyi atau muzik.
Audio boleh ditambahkan ke dalam persembahan untuk menjadikannya lebih menarik.

Berikut adalah cara-cara untuk menambahkan audio ke dalam PowerPoint.
Untuk Microsoft Office 2003:
1. Klik 'Insert'.
2. Klik 'Sound'.
3. Sekarang, anda mempunyai 2 pilihan. Klik 'Sound from File' atau 'Sound from Clip Organiser'
Sound from File... membuka audio yang disimpan dalam komputer anda, klik 'Open', pilih 'Automatically' untuk memainkan lagu apabila slaid itu ditunjukkan atau 'When Clicked' untuk memainkan lagu apabila tetikus diklik.
Sound from Clip Organizer... membuka audio sedia ada yang sesuai untuk persembahan. Klik pada satu audio sahaja. Padamkan audio lama sebelum memilih yang baru. 
Biasanya kita akan menggunakan 'Sound from Clip Organizer...' kerana ia pendek dan menarik.

Untuk Microsoft Office 2007 dan 2010:
Cara 1 (mudah):
Klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.
1. Klik pada 'Animations'.
2. Klik pada anak panah sebelah 'Transition Sound'.
3. Pilih dan klik salah satu pilihan dari menu.

Cara 2 (muzik atau lagu sendiri):
Klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.
1. Klik pada 'Animations'.
2. Klik pada anak panah di bawah 'Sound'.
Anda mempunyai tiga pilihan.
Sound from File... membuka audio yang disimpan dalam komputer anda, klik 'Open', pilih 'Automatically' untuk memainkan lagu apabila slaid itu ditunjukkan atau 'When Clicked' untuk memainkan lagu apabila tetikus diklik.
Sound from Clip Organizer... membuka audio sedia ada yang sesuai untuk persembahan. Klik pada satu audio sahaja. Padamkan audio lama sebelum memilih yang baru.
Record Sound... merekod suara sendiri. Anda perlu sediakan mikrofon.
Klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.

Biasanya kita akan menggunakan 'Sound from Clip Organizer...' kerana ia pendek dan menarik.

Transisi Slaid

Transisi bermaksud pergerakan atau pertukaran.
Transisi slaid boleh dilakukan dengan sangat mudah.

Untuk Microsoft Office 2003:
1. Klik 'Insert'.
2. Klik 'Slide Transitions'.
3. Klik pada anak panah untuk melihat semua transisi yang boleh dipilih.
4. Klik 'Apply'.

Untuk Microsoft Office 2007 dan 2010:
Klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.
1. Klik pada 'Animations'.
2. Klik pada anak panah untuk melihat semua transisi yang boleh dipilih.
3. Tunjuk pada transisi untuk melihat hasilnya, klik pada yang hendak dipilih.

Friday, October 12, 2012

Bagaimana untuk menaip huruf besar?

Cara 1:
Menekan 'Caps Lock' sekali, kemudian menaip huruf-huruf di papan kekunci. Semua huruf yang ditaip akan menjadi huruf besar.
Tekan 'Caps Lock' sekali lagi apabila anda ingin menaip huruf kecil. Semua huruf yang ditaip sekarang akan menjadi huruf kecil.

Cara 2:
Tekan 'Shift' sambil menekan huruf yang anda ingin jadikan huruf besar. Lepaskan 'Shift' apabila anda ingin menaip huruf kecil.

Tuesday, October 9, 2012

Menukar Warna dan Jenis Fon

Fon (font) bermaksud tulisan. Tulisan di dalam komputer boleh ditukar warna dan bentuknya.

Slaid anda berbentuk seperti bawah.
1. Klik pada kotak di atas dan taipkan tajuk slaid.
2. Klik pada kotak di bawah untuk tambah teks/ tulisan.
Cara untuk menukar jenis / bentuk fon:

Klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.
1. Gunakan tetikus, klik dan seret tulisan yang hendak diubah.
2. Klik pada 'Home'. (Langkah ini hanya untuk Microsoft Office PowerPoint 2010)
3. Klik pada anak panah kecil.
4. Pilih jenis tulisan (font) yang anda suka dan klik padanya. Bentuk tulisan sudah ditukar.

Cara untuk menukar warna fon:
★ Untuk Microsoft Office 2003
     Cara 1 (untuk isi):
1. Gunakan tetikus, klik dan seret tulisan yang hendak diubah.
2. Cari simbol seperti yang ditandakan dengan kotak berwarna kuning pada gambar di atas, klik pada anak panah untuk melihat dan memilih warna tulisan.
 
     Cara 2 (untuk tajuk):


1. Klik pada 'Insert'.




2. Klik pada 'WordArt'.













3. Pilih dan klik pada bentuk tulisan yang ingin dipilih.
4. Taipkan tulisan atau tajuk.
5. Klik 'OK'.
6. Gunakan tetikus, klik dan seret untuk mengubah kedudukan tulisan yang dihasilkan.
 
★ Untuk Microsoft Office 2007 dan 2010
Klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.
1. Gunakan tetikus, klik dan seret tulisan yang hendak diubah.
2. Klik pada 'Format'.
3. Klik pada A, B, atau D untuk menukar warna tulisan.

Klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.
A Klik pada anak panah untuk melihat corak-corak tulisan yang boleh dipilih. Klik pada corak yang anda ingin pilih.
B  Klik pada anak panah untuk melihat dan memilih warna tulisan yang ada.
C  Klik pada anak panah untuk melihat dan memilih warna garisan tulisan yang ada.
D  Klik pada anak panah untuk melihat dan memilih jenis kesan dan bayang-bayang yang ada. Gunakan 'Shadow', 'Reflection', atau 'Glow'.
 
* A dan D biasanya digunakan untuk tajuk.
* B biasanya digunakan untuk isi.
* C biasanya tidak digunakan.


Menukar Latar Belakang Aplikasi Persembahan

Cara untuk menukar latar belakang Microsoft Office PowerPoint 2007:
★ Untuk Microsoft Office PowerPoint 2007:
1. Klik pada 'Design'.
2. Cuba klik pada butang-butang (ditanda dalam kotak berwarna merah pada gambar di bawah) untuk melihat kesannya.



Klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.


Jangan lupa, anda perlu ada sekurang-kurangnya 2 jenis latar belakang yang berlainan di dalam persembahan anda.