Tuesday, October 16, 2012

Menambah Imej dalam Aplikasi Persembahan

Imej bermaksud gambar atau lukisan.
 
Ingin menambahkan imej ke dalam persembahan anda? Ikut langkah 1 hingga 6.
 
1. Anda cuma perlu cari gambar yang anda mahu (di sini untuk Tugasan 3)
2. gunakan tetikus untuk tunjuk pada gambar yang hendak disalin
3. tekan butang kanan tetikus (right-click)
4. tekan 'Copy' untuk menyalin
5. kembali ke slaid (PowerPoint) anda
6. tekan butang 'Paste' untuk menampal

(Caranya menyalin dan menampal imej adalah sama seperti kita menyalin dan menampal teks, boleh rujuk semula nota yang telah diberikan.)

Cara mengubah kedudukan imej:
Tunjuk pada gambar anda dengan tetikus, klik dan seret untuk mengubah kedudukan (tempat) gambar. 
Cara mengubah saiz dan memusing imej:
Klik pada gambar untuk mengubah saiznya.
Tunjuk pada bulatan di empat bucu gambar, klik dan tarik apabila anak panah seperti atas muncul.

Anda boleh juga memusing gambar itu. Mula-mula klik pada gambar, kemudian bawa tetikus ke bulatan hijau di atas gambar, klik dan pusing ke kiri atau kanan.

No comments:

Post a Comment