Monday, September 3, 2012

Tumbesaran Berudu

Murid-murid tahun 2 telah dikehendaki memerhati dan merekodkan tumbesaran berudu yang sebenar. Berikut merupakan proses tumbesaran berudu yang diperhatikan.

Pada awal pagi 24 Julai 2012, telur katak didapati di dalam kolam sekolah. Hujan lebat turun semalam. Telur katak ini nampak seperti seutas rantai manik yang panjang.

Sumber gambar: http://ladydamorea.wordpress.com/2012/05/24/toad-pond-update/
Ini adalah gambar telur katak pada hari kedua (25.7.2012). Sesetengah telur kelihatan ada bentuk berudu kecil di dalamnya.


Pada hari ketiga (26.7.2012), ada telur yang telah menetas menjadi berudu. Berudu ini sebesar sebiji beras.
 

Pada hari keempat (27.7.2012), banyak berudu yang telah mati. Ini mungkin disebabkan tempat perlindungan yang kotor. Air perlu ditukar setiap hari.

Pada hari ke-7 (30.7.2012), berudu telah menjadi sebesar kacang merah.


 

Pada hari ke-11 (3.8.2012), berudu kelihatan mempunyai kaki belakang yang sangat halus.
 
Pada hari ke-17 (9.8.2012), kaki belakang berudu boleh dinampak dengan sangat jelas.


Pada hari ke-21 (13.8.2012), kaki depan berudu telah tumbuh. Ekornya kelihatan seperti bergerigi.

Pada hari ke-22 (14.8.2012), ekornya telah putus.

Pada hari ke-23 (15.8.2012), katak ini dilepaskan walaupun ia hanya sebesar kuku jari kelengkeng kami. Ini disebabkan kami akan bercuti selama 11 hari dan beraya mulai esok.
Bye katak~

Tugasan 3
Aktiviti Pengayaan:
Murid-murid dikehendaki untuk membina dan membuat satu persembahan tentang tumbesaran berudu yang diperhatikan. Murid-murid mesti menggunakan aplikasi persembahan (Microsoft Office PowerPoint, Open Office Impress atau lain-lain) yang mengandungi:
* sekurang-kurangnya 2 slaid Bantuan
* teks atau tulisan yang berlainan warna Bantuan
* huruf besar dan huruf kecil  Bantuan
* sekurang-kurangnya 2 jenis latar belakang (background) Bantuan
* imej atau gambar Bantuan
* audio atau bunyi Bantuan
* transisi slaid Bantuan

Pastikan persembahan anda memenuhi ketujuh-tujuh permintaan di atas.

Tarikh akhir untuk menghantar: 30.10.2012

Cara-cara menghantar:
1. e-mail atau
2. cetak (print) dan hantar atau
3. simpan dalam pendrive/ thumb drive dan bawa ke sekolah pada 30.10.2012.
* Jangan bawa pendrive yang terlalu mahal. Jaga pendrive anda dengan baik.

Berikut adalah contoh persembahan yang dihasilkan:

Murid-murid yang menjayakan aktiviti pengayaan ini secara langsung dan tidak langsung telah memenuhi evidens-evidens berikut:
* B2D1E1 - memilih dan menukar latar belakang dalam perisian persembahan pada slaid;
   B2D2E2 - menggunakan kekunci Caps Lock dan Shift dalam perisian aplikasi;
   B3D3E1 - menaip teks dan menukar warna fon dengan menggunakan pemproses kata atau perisian persembahan;
* B3D4E1 - membina 2 slaid atau lebih dalam persembahan dengan menggunakan perisian persembahan;
* B3D4E2 - mencapai fail persembahan yang sedia ada untuk menukar transisi slaid;
   B4D1E1 - menggunakan tetikus untuk klik dan seret;
   B4D1E2 - menggunakan tetikus untuk menyalin dan tampal dalam perisian aplikasi;
* B5D1E1 - menghasilkan persembahan yang mengandungi elemen teks, imej dan audio dengan menggunakan perisian persembahan;
* B5D2E1 - menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat dalam bentuk teks;
# B5D2E2 - menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat dalam bentuk imej;
* B5D2E3 - mengekstrak, mengumpul dan menyimpan maklumat;
* B5D4E2 - mencapai hasil kerja sedia ada (Microsoft PowerPoint) dan mengubahsuai imej dan audio mengikut kesesuaian;
* B6D1E1 - menghasilkan tugasan menggunakan perisian aplikasi yang bersesuaian untuk menyampaikan idea baru; dan anda akan mencapai
B6D1E2 setelah membentangkan tugasan anda di dalam kelas.
  
Tahniah!

No comments:

Post a Comment